Dld.

img-20190124-wa0050img-20190124-wa0048

Panglima Awang @ Henricus Nicrum @ Henry The Black @ Enrique De Malacca @ Dato Laut Dalam

(Manusia pertama mengelilingi dunia melalui lautan pada tahun 1521 )
===========================

Menurut laporan yang ditulis oleh Antonio Pigafetta pencatat yang mencatat pelayaran Ferdinand Magellan. Panglima Awang sebenarnya berasal dari Sumatera ( Anak Minangkabau ) dan ini ada tercatat dalam trombo Minangkabau walau pun bukan disebut sebagai Panglima Awang.

Mengikut dapatan terbaru Panglima Awang juga tidak hilang misteri begitu sahaja. Setelah Magellan terbunuh di Mactan, Wilayah Cebu, Filipina, beliau telah belayar menerusi kapal dagang Brunei dan bukan kembali ke Sepanyol, kerana kapten yang mengambil alih kapten Magellan itu sangat benci kepada Panglima Awang disebabkan beliau menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Magellan semasa hidupnya.

Beliau kembali ke Sumatera untuk berubat dan kembali ke Melaka tetapi Portugis masih berkuasa. Oleh itu beliau telah menetap di Linggi N.Sembilan dan menukar namanya kepada Dato Laut Dalam. Bernikah dengan perempuan tempatan dan pernah menyerang Portugis di Melaka. Anak beliau sendiri mengetuai angkatan perang itu untuk menyerang Portugis. Anak beliau kemudiannya menjadi Undang Rembau Ke 2.

Mengapa beliau menukar namanya kepada Dato Laut Dalam? Untuk mengelakkan daripada dikesan oleh Portugis sama seperti tektik Mat Kilau menukar namanya kepada Mat Siam supaya tidak dikenali oleh British masa itu. Beliau dan krewnya menetap di sebuah perkampungan di Rembau, Negeri Sembilan sehingga ke akhir hayatnya. Makam beliau masih ada di Rembau sehingga ke hari ini. Ini dibuktikan oleh beberapa artifek dan dokumen yang masih dapat diselidiki seperti terombo NS, alatan seperti jam,teropong, dan sebagainya yang masih tersimpan dengan baik oleh anak cucu dan keturunannya di kampung tersebut iaitu Kg Tebat Batu.

sumber : Amir Abdullah